Malaysia menang lagi. Tapi bukan benda bagus. Tahukah anda,
kita adalah antara rakyat paling gemuk di Asia? Kajian terkini mendapati bahawa
negara-negara Asia akan menjadi gemuk seperti negara Barat, dan Malaysia medahului
dengan lebih separuh rakyat kita ni overweight dan obese.
Bagi saya, memang tak hairan pun. Kita hidup dalam
negara yang sangat kaya dengan makanan sedap. Dan makanan kita semua sedap
sebab cukup rasa. Cukup masin, cukup manis, cukup lemak. Sebab tu kita pun
cukup gemuk. Kurang sihat.
Kuruskan Badan Di Malaysia Ni Angan-angan
Kosong Saja?
Sebenarnya nak kurus ni simple je. Kalau
kalori yang kita makan/minum kurang dari kalori yang kita gunakan dalam
kehidupan seharian, kita akan kurus. Tapi dalam keadaan negara kita yang budaya hidup untuk makan ni,
macam mana nak buat?
Mamak buka sampai 24 jam. Nak makan
roti canai pukul 3 pagi pun boleh lagi. Nasi lemak pun ada sampai larut malam. Makin
lama makin banyak makanan sedap-sedap. Masa artikel ni ditulis dah ada
macam-macam inovasi dari segi makanan: pisang goreng cheese, burger bakar, etc
etc. Mana tahan..
Dah la kita makan banyak, bersenam
pulak kurang. Mujurlah gym makin banyak sekarang, tapi itu pun bukan setiap
hari boleh datang gym.
Habis, apa
penyelesaiannya?
Kalau nak cerita masalah, sampai
esok pun tak habis. Kalau nak kurus kita kena cari jalan macam mana nak buat
jugak. Saya akan perkenalkan kepada anda
cara untuk kuruskan badan yang mudah. Tak perlu:
Kira kalori. Ini yang paling buat
saya malas nak kuruskan badan. Macam mana nak kira kalori kita? Nasi lemak,
roti canai tu kalau kira memang beribu-ribu kalori. Buat stress je. Ada cara
yang lebih mudah.
Jaga makan. Kita dah bincang
ni panjang lebar. Jaga makan kat Malaysia ni memang mustahil. Paling bagus
kalau kita masak sendiri semua makanan kita. Tapi perempuan pun
kerja sekarang, so, ada ke masa? Balik rumah dah penat. Sudahnya makan luar
jugak.
Bersenam
setiap hari. Yang ni pun akan bagi kita "morale down". Susah kot
nak bersenam setiap hari. Dengan program saya ni tiga kali seminggu dah cukup.
Kalau tak sempat jugak 2 kali je seminggu.
Dan yang paling penting, teknik ni
all-natural. Tak memerlukan pil, atau lain-lain bahan kimia berbahaya. Dan
kalau anda beragama Islam, memang anda dah buat pun benda ni setahun sekali.
Jawapannya:
Puasa!
Tapi
bukan puasa biasa tu. Ini lain sikit. Nama english dia Intermittent Fasting.
Maksud dia puasa yang tak tersusun. Jom saya jelaskan.
Kita dah
ditipu!
Dari
kecil saya diajar untuk makan 3 kali sehari. Sarapan, makan
tengahari, makan malam. Kalau duduk di Malaysia, minum petang, lepak mamak,
food hunting, etc etc memang koyak la segala usaha untuk diet.
Tapi
betul-betul perlu ke makan banyak sampai macam tu?
Jawapannya
tak. Jom saya share jadual makan baru saya, yang saya guna untuk maintain berat
badan sampai sekarang:
Pagi:
Skip breakfast. Tak perlu makan sarapan. Benefit dia lagi senang nak fokus
kerja. Kalau makan berat masa breakfast jadi mengantuk masa kerja.
