Sunday, October 13, 2019

3 LANGKAH MUDAH UNTUK KURUSKAN BADAN



Malaysia menang lagi. Tapi bukan benda bagus. Tahukah anda, kita adalah antara rakyat paling gemuk di Asia? Kajian terkini mendapati bahawa negara-negara Asia akan menjadi gemuk seperti negara Barat, dan Malaysia medahului dengan lebih separuh rakyat kita ni overweight dan obese.


            Bagi saya, memang tak hairan pun. Kita hidup dalam negara yang sangat kaya dengan makanan sedap. Dan makanan kita semua sedap sebab cukup rasa. Cukup masin, cukup manis, cukup lemak. Sebab tu kita pun cukup gemuk. Kurang sihat.

Kuruskan Badan Di Malaysia Ni Angan-angan Kosong Saja?
Sebenarnya nak kurus ni simple je. Kalau kalori yang kita makan/minum kurang dari kalori yang kita gunakan dalam kehidupan seharian, kita akan kurus. Tapi dalam keadaan negara kita yang budaya hidup untuk makan ni, macam mana nak buat?

            Mamak buka sampai 24 jam. Nak makan roti canai pukul 3 pagi pun boleh lagi. Nasi lemak pun ada sampai larut malam. Makin lama makin banyak makanan sedap-sedap. Masa artikel ni ditulis dah ada macam-macam inovasi dari segi makanan: pisang goreng cheese, burger bakar, etc etc. Mana tahan..

            Dah la kita makan banyak, bersenam pulak kurang. Mujurlah gym makin banyak sekarang, tapi itu pun bukan setiap hari boleh datang gym.
Habis, apa penyelesaiannya?
            Kalau nak cerita masalah, sampai esok pun tak habis. Kalau nak kurus kita kena cari jalan macam mana nak buat jugak.  Saya akan perkenalkan kepada anda cara untuk kuruskan badan yang mudah. Tak perlu:

            Kira kalori. Ini yang paling buat saya malas nak kuruskan badan. Macam mana nak kira kalori kita? Nasi lemak, roti canai tu kalau kira memang beribu-ribu kalori. Buat stress je. Ada cara yang lebih mudah.

            Jaga makan. Kita dah bincang ni panjang lebar. Jaga makan kat Malaysia ni memang mustahil. Paling bagus kalau kita masak sendiri semua makanan kita. Tapi perempuan pun kerja sekarang, so, ada ke masa? Balik rumah dah penat. Sudahnya makan luar jugak.

            Bersenam setiap hari. Yang ni pun akan bagi kita "morale down". Susah kot nak bersenam setiap hari. Dengan program saya ni tiga kali seminggu dah cukup. Kalau tak sempat jugak 2 kali je seminggu.

            Dan yang paling penting, teknik ni all-natural. Tak memerlukan pil, atau lain-lain bahan kimia berbahaya. Dan kalau anda beragama Islam, memang anda dah buat pun benda ni setahun sekali.

Jawapannya: Puasa!
Tapi bukan puasa biasa tu. Ini lain sikit. Nama english dia Intermittent Fasting. Maksud dia puasa yang tak tersusun. Jom saya jelaskan.

Kita dah ditipu!
Dari kecil saya diajar untuk makan 3 kali sehari. Sarapan, makan tengahari, makan malam. Kalau duduk di Malaysia, minum petang, lepak mamak, food hunting, etc etc memang koyak la segala usaha untuk diet.

Tapi betul-betul perlu ke makan banyak sampai macam tu?

Jawapannya tak. Jom saya share jadual makan baru saya, yang saya guna untuk maintain berat badan sampai sekarang:

Pagi: Skip breakfast. Tak perlu makan sarapan. Benefit dia lagi senang nak fokus kerja. Kalau makan berat masa breakfast jadi mengantuk masa kerja.


Nak cara kurus yang pantas dan mudah ?
Klik sini >> Kurus Cara Pantas Dan Mudah